Info Dan Perkongsian Dalam Islam

Sunday, November 15, 2020

Rukun Solat Jenazah Dalam Islam

Rukun Solat Jenazah Dalam Islam. Berikut kami akan kongsikan sedikit info tanda kecik kiamat yang perlu kita tahu. Jadikan ini sebagai iktibar untuk menjadi muslim yang soleh dan solehah..


Rukun Solat Jenazah Dalam Islam

Disini dikongsikan senarai Solat Jenazah yang boleh dijadikan panduan..

1} Berdiri tegak

2} Niat

- Lafaz niat bagi jenazah lelaki

“ Sahaja aku solat ke atas mayat lelaki ini 4 takbir fardu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah Taala.

- Lafaz niat bagi jenazah perempuan

“ Sahaja aku solat ke atas mayat perempuan ini 4 takbir fardu kifayah menjadi imam/mengikut makmum kerana Allah Taala.

3} Takbir 4 kali termasuk takbiratulihram

4} Membaca surah al-Fatihah

5} Membaca selawat

6} Membaca doa

7} Memberi salam yang pertama


Kenapa Perlu Dikerjakan Solat Jenazah

Solat jenazah dilakukan oleh orang hidup ke atas orang yang meninggal dunia untuk meringankan bebanannya.

Ini kerana dalam solat ini mengandungi banyak doa-doa yang ke semuanya kembali untuk kebaikan si mati.

Oleh sebab itu, seharusnya kepada mereka yang mendirikan solat sembahyang mayat ini dirikanlah dengan ikhlas, penuh khusyuk serta berharap pengampunan Allah SWT kepada si mati.

Inilah tujuan terbesar solat yang kita lakukan.

Hukum mendirikan solat Jenazah adalah fardu kifayah (WAJIB) untuk umat Islam di sesuatu kawasan.

Ia sunat dilakukan secara berjemaah namun sah apabila dibuat seorang diri.


Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahawa Nabi ï·º bersabda: “Apabila kamu solat ke atas mayat, maka ikhlaskan doa untuknya.” (Riwayat Abu Dauud dan dianggap sahih oleh Ibnu Hibban.)


والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment