Info Dan Perkongsian Dalam Islam

Saturday, December 19, 2020

Bacaan Ayat Kursi Rumi Sebaik Diamalkan

Bacaan Ayat Kursi Rumi Sebaik Diamalkan. Berikut kami akan kongsikan sedikit info Bacaan Ayat Kursi Rumi yang perlu kita tahu. Jadikan ini sebagai iktibar untuk menjadi muslim yang soleh dan solehah..


Bacaan Ayat Kursi Rumi Sebaik Diamalkan


Disini dikongsikan Ayat Kursi yang boleh dijadikan panduan..


Bacaan Ayat Kursi Rumi

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum

La ta’khuzhuhu sinatun wa la nawm,

lahu ma fis-samawati wa ma fil-‘ard

Man zhal-lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi-izhnihi

Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,

wa la yuhituna bi shai’im-min ‘ilmihi illa bima sha’a

Wasi’a kursiyuhus-samawati wal ard,

wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem


Maksud dan Terjemahan

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.

Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)



Sedikit Pengenalan Ayat Kursi


Ayatul kursi (Arab: آية الكرسي ) merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat Muslim. 

Ayat ini dipercayai dibaca untuk mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah.


Kelebihan Atau Kekuatan Ayat Kursi Jika Sentiasa Diamalkan

  1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
  8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
  11. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
  12. Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
  • Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
  • Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
  • Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
  • Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.




Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadikan amalan Bacaan Ayat Kursi di kehidupan seharian kita..

No comments:

Post a Comment