Info Dan Perkongsian Dalam Islam

Friday, November 13, 2020

6 Rukun Iman Dalam Islam

6 Rukun Iman Dalam Islam. Berikut kami akan kongsikan sedikit info 6 rukun Iman yang perlu kita tahu. Jadikan ini sebagai iktibar untuk menjadi muslim yang soleh dan solehah..

6 Rukun Iman Dalam Islam

Disini dikongsikan senarai '6 Rukun Iman' yang boleh dijadikan panduan..

Rukun Iman adalah tiang keimanan dalam Islam yang harus dimiliki oleh seorang muslim. Jumlah rukun iman ada 6 (enam). Enam rukun iman ini didasarkan dari ayat-ayat Jibril yang terdapat dalam kitab Shahih Bukhari dan Shahih Muslim yang diriwayatkan dari Umar bin Khattab.

Iman dalam bahasa bermaksud tashdiq (membenarkan). Sedangkan dari segi syar'i, iman adalah keyakinan dalam hati, kata-kata secara lisan, amalan dengan anggota tubuh, meningkat dengan melakukan ketaatan dan berkurang dengan maksiat.

6 Rukun Iman Dalam Islam

1. Iman kepada Allah.

2. Iman kepada para malaikat Allah.

3. Iman kepada kitab-kitab Allah.

4. Iman kepada Rasul Allah

5. Iman kepada Hari Kiamat (Hari Akhir)

6. Iman kepada Qada dan Qadar.

Makna 6 Rukun Iman

.

1. Makna iman kepada Allah SWT

• Yakin bahawa penciptaan manusia adalah kehendak Allah, tidak ada makhluk lain yang ada di alam semesta tanpa pengetahuan Allah

• Allah yang memberikan rezeki kepada semua makhluk

• Yakin bahawa hanya Allah yang patut disembah dan kepada-Nya segala ibadah ditujukan

• Meyakini Asmaul Husna (sifat-sifat Allah)


2. Makna Beriman Kepada Malaikat

• Mengimani wujud malaikat.

• Mengimani nama-nama malaikat yang diketahui dan tidak diketahui.

• Mengimani sifat malaikat.

• Mengimani tugas-tugas malaikat.


3. Makna Iman kepada kitab-kitab Allah

• Mengimani bahawa 4 kitab (Taurat, Injil, Zabur, dan kitab Al-Qur’an) datang dari Allah

• Mengimani kitab tersebut secara terperinci (tafshil) mahupun garis besar (ijmal)

• Membenarkan segala hal yang tertulis dalam kitab yang masih asli (belum dirubah)

• Menjalankan hukum yang tertulis dalam Al-Qur’an


4. Makna Iman kepada Rasul Allah

• Meyakini Nabi dan Rasul adalah manusia utusan Allah sebagai khabar gembira dan ancaman.

• Mempercayai segala ajaran baik lisan mahupun suri teladan

• Mengikuti jejak Nabi dan Rasul


5. Makna Iman kepada Hari Kiamat (Hari Akhir)

• Menyakini tanda-tanda akan datangnya kiamat

• Mengimani hal gaib, seperti dibangkitkan nya manusia dari kubur, dikumpulkan di padang mansyar, hari pembalasan, nikmat dan siksa kubur, surga dan neraka.


6. Makna Beriman kepada Qada dan Qadar

• Mengimani bahawa segala sesuatu yang terjadi, baik mahupun buruk adalah kehendak Allah SWT.

• Namun keburukan tersebut tidak dinisbahkan kepada Allah, melainkan kepada makhluk.

• Allah menciptakan mudharat pastilah ada maslahat.

Semoga dengan meyakini 6 rukun iman ini dapat menambah tingkat ketakwaan kita kepada Allah SWT.

Kredit >> FB int3tree

No comments:

Post a Comment