Info Dan Perkongsian Dalam Islam

Sunday, November 15, 2020

Ada Berapa Rukun Nikah Dalam Islam

Ada Berapa Rukun Nikah Dalam Islam. Berikut kami akan kongsikan sedikit info Rukun Nikah yang perlu kita tahu. Jadikan ini sebagai iktibar untuk menjadi muslim yang soleh dan solehah..

Ada Berapa Rukun Nikah Dalam Islam

Disini dikongsikan senarai 'Rukun Nikah' yang boleh dijadikan panduan..

1. Pengantin lelaki

Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.

2. Pengantin perempuan

Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.

3. Akad (Ijab & Qabul)

Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. 

Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.

4. Wali

Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.

5. Dua orang saksi

Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.


Penjelasan Wali Nasab

Wali nasab adalah wali yang ada ikatan dan hubungan kekeluargaan dengan pengantin perempuan yang bakal dikahwinkan, mereka itu adalah seperti,

1) Bapa pengantin perempuan (Wali Akrab)

2) Datuk sebelah bapa

3) Saudara lelaki seibu sebapa

4) Saudara lelaki sebapa

5) Anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa

6) Anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa

7) Bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa

8) Bapa saudara dari pihak bapa sebapa

9) Anak lelaki kepada bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa

10) Anak lelaki kepada bapa saudara dari pihak bapa sebapa

11) Bapa saudara kepada bapa yang seibu sebapa

12) Bapa saudara kepada bapa sebapa


Penjelasan Wali Hakim

Wali hakim adalah wali yang dilantik dan diberi tauliah oleh ketua atau kuasa pemeritah Islam kepada seseorang untuk mengakad nikahkan perempuan yang hendak berkahwin melalui cara berwalikan hakim. 

Bagi wilayah atau negeri yang pemimpin negaranya bukan beragama Islam ataupun negara yang didiami itu bukanlah sebuah negara Islam, wali hakim bolehlah dilantik oleh masyarakat Islam setempat dengan memilih mereka yang lebih alim serta mahir dalam selok belok agama

Kredit >> FB Pejabat Agama Islam Daerah Muadzam Shah


No comments:

Post a Comment