Info Dan Perkongsian Dalam Islam

Tuesday, November 17, 2020

Bagaimana Merawat Rasa Sedih Sebahagian Dalam Kehidupan

Bagaimana Merawat Rasa Sedih Sebahagian Dalam Kehidupan. Berikut kami akan kongsikan sedikit info Merawat Rasa Sedih yang perlu kita tahu. Jadikan ini sebagai iktibar untuk menjadi muslim yang soleh dan solehah..


Bagaimana Merawat Rasa Sedih Sebahagian Dalam Kehidupan

Disini dikongsikan Merawat Rasa Sedih yang boleh dijadikan panduan..

Pertama, luahkan rasa sedih 

Paling penting adalah meluahkan rasa sedih yang sedang ditanggung kepada seseorang yang boleh dipercayai seperti sahabat atau pasangan kita. Mengikut kajian ahli psikologi, sesuatu rasa tak mengira apapun samada baik atau buruk jika diluah akan mengurangi tekanan yang sedang ditanggung. 

Belajar meluahkan apa yang anda rasa, insya Allah hati akan berasa tenang selepas itu. Selain itu, anda juga boleh meluahkan rasa sedih di atas sekeping kertas, atau menulis di blog secara umum dan boleh juga menggunakan diari sebagai 'teman' berbual anda. 

Semoga cara ini dapat merawat rasa sedih yang sedang dirasai.


Kedua, bersenam 

Satu lagi cara mujarab untuk merawat rasa sedih adalah dengan bersenam. Tak percaya? Cuba anda lakukan cara ini dan lihat hasilnya. Dengan bersenam seluruh anggota tubuh kita digerakkan dan aktif. 

Otak pun ikut bergerak ketika kita bersenam. Dengan demikian, perasaan sedih dan keseorangan dapat di rawat secara tidak sengaja.

Ketiga, latih minda melupakan kenangan pahit

Seterusnya, melatih minda melupakan kenangan pahit perlulah diaplikasikan secara berterusan. Anda akan sering merasa sedih dan suram apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam yang lalu.

Kita seharusnya memisahkan hubungan di antara perasaan kini dengan emosi yang lalu bagi menetapkan azam dan fokus kepada keluarga, rakan-rakan, kerjaya, cita-cita dan masa depan. 

Anda tidak dapat melupakan semua memori pahit secara serentak, maka haruslah dilakukan secara berperingkat dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan adanya disiplin diri dan kemahuan sendiri.

Keempat, luang perasaan risau yang melampau

Rasa sedih boleh dirawat dengan cara kurangkan rasa risau yang melampau anda terhadap sesuatu. Ada dua kesan dari sikap risau yang melampau, pertama ia menarik masalah dan musibah dan yang kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. 

Perasaan risau yang melampau boleh membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa malah takut. Anda haruslah belajar untuk bertenang dan melatih diri anda mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang melampau.

Kelima, anggap kekurangan sebagai kekuatan

Jangan lupa untuk mencuba reda dengan takdir yang Allah tentukan. Anggaplah kekurangan anda sebagai satu kekuatan. Mungkin ada orang yang hebat hari ini, tapi tak semestinya mereka akan tetap hebat esoknya. 

Hidup ini penuh dengan kemungkinan dan berpusing seperti roda, kadangkala kita di atas dan kadangkala di bawah. Untuk terus berada di atas, kita perlulah sentiasa belajar, menggali ilmu dan menambah kemahiran sepanjang masa. Kita juga perlu mengenal pasti semua kekurangan dan kelemahan diri dan menerokai kekuatan sendiri.

Janganlah anda merasa rendah diri dan terlalu risau dengan kelebihan orang lain kerana anda hanya perlu fokus kepada diri sendiri dan jangan terlalu kisahkan orang lain.

Keenam, belajar bersyukur

Ucap syukur ke atas kesemua yang anda ada, misalnya ucap syukur kerana anda masih boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur dan juga mempunyai kawan rapat yang memahami.

 Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Lama kelamaan rasa syukur itu sendiri jadi motivasi merawat sedih yang sedang ditanggung.

Ketujuh, belajar menjadi pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan dendam). Ia juga dapat meneutralkan gelombang fikiran negatif yang terdapat di minda anda. 

Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu atau anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajarlah menjadi seorang pemaaf dan ia dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif dan menarik ketenangan datang pada diri anda.

Kelapan, tonton cerita lucu dan ketawa

Ya! Kenapa tidak? Ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tontonlah video yang lucu atau baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara semulajadi. Ketawa dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri anda.

Sembilan, ubah fikiran

Kita tidak boleh mengubah situasi yang membuatkan kita kecewa, sedih dan murung tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. 

Walaupun ada perkara yang terjadi tidak berpihak kepada anda, tetapi anda harus mencari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Fikiran yang buruk akan mendapat akibat yang buruk. 


Ini hukum alam dan dinamakan juga hukum sebab dan akibat atau dikenali sebagai ‘Law Of Attraction’.

Sepuluh, keraskan hati

Akhir sekali, keraskan hati anda. Keraskan hati bermaksud hati anda mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. 

Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.

Baca Doa Terkait >> Doa Selepas Solat Fardhu Rumi

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadikan amalan Merawat Rasa Sedih di kehidupan seharian kita..

Kredit >> aynorablogs

No comments:

Post a Comment