Info Dan Perkongsian Dalam Islam

Wednesday, November 18, 2020

Di Waktu Pagi Sebaiknya Mengamalkan Doa dan Amalan Ini

Di Waktu Pagi Sebaiknya Mengamalkan Doa dan Amalan Ini. Berikut kami akan kongsikan sedikit info Mengamalkan Doa dan Amalan yang perlu kita tahu. Jadikan ini sebagai iktibar untuk menjadi muslim yang soleh dan solehah..


Di Waktu Pagi Sebaiknya Mengamalkan Doa dan Amalan Ini

Disini dikongsikan Mengamalkan Doa dan Amalan yang boleh dijadikan panduan..


Sebelum memulakan aktiviti hari ini , mulakan dengan :-

Niat dan Doa

Doa Di Pagi Hari 


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا،

وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً


Doa Di Pagi Hari Rumi 

Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa

“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.”

(HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah)


NIAT

  • Sahaja aku bekerja dan berniaga kerana Allah Taala. Jadikanlah lisanku, perbuatanku mengerjakan kebajikan setiap saat dan kurniakan pahala serta rezeki melimpah ruah lagi banyak buat kami. Tutupi aib kami dan selamatkan kami dunia akhirat.
  • Hadiahkan Al-Fatihah kepada nabi , sahabat dan keluarga baginda.
  • Hadiahkan Al-fatihah kepada ibu bapa, diri sendiri, suami, anak-anak, kawan-kawan dan semua umat islam.
  • Selawat dan Istigfar setiap saat (lebih 100x)


Baca Doa Dhuha

Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah & jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan & kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


Baca Zikir Dibawah 100 Kali

1) Ya Mughni - Maha Memberi Kekayaan

2) Ya Ghaniy - Maha Kaya

3) Ya Fattah -Maha Pembuka Rahmat

4) Ya Razzaq - Maha Pemberi Rezeki

5) Ya Latiff - Maha Lembut terhadap hambaNya

6) Ya Rahman -Maha Pemurah

7) Ya Rahim -Maha Penyayang

8) Ya Wahhab -Maha Pemberi


Perbezaan Zikir dan Doa

Zikir yang khusus ialah bacaan yang melibatkan tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah) dan tahlil (Laa ila haa illaallah) dan takbir (Allahu Akbar).

Bacaan-bacaan ini selalunya kita jadikan wirid selepas solat fardu lima waktu dan juga zikir dalam sunat Aidilfitri dan Aidiladha.

Zikir juga boleh dibaca pada bila-bila masa terluang, dalam waktu pagi dan petang, siang atau malam – sebagai tanda kita sentiasa mengingati Allah dan kebesaranNya. 

Doa pula ialah suatu penyataan hasrat hati individu muslim memohon pertolongan, ampun, perlindungan dan restu Allah SWT dalam hal-hal berkaitan kehidupannya di dunia dan Akhirat.

Baca Doa Terkait >> Bagaimana Merawat Rasa Sedih Sebahagian Dalam Kehidupan

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadikan Mengamalkan Doa dan Amalan di kehidupan seharian kita..

Kredit >> akuislam

No comments:

Post a Comment