Info Dan Perkongsian Dalam Islam

Monday, November 23, 2020

Amalan Serta Doa Memulakan Perjalanan

Amalan Serta Doa Memulakan Perjalanan. Berikut kami akan kongsikan sedikit info Doa Memulakan Perjalanan yang perlu kita tahu. Jadikan ini sebagai iktibar untuk menjadi muslim yang soleh dan solehah..


Amalan Serta Doa Memulakan Perjalanan

Disini dikongsikan Doa Memulakan Perjalanan yang boleh dijadikan panduan..

Doa yang aku nak kongsikan hari ini ialah doa sebelum memulakan perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan, amat disarankan supaya membaca doa ini agar perjalanan kita dilindungi oleh Allah swt sehinggalah selamat sampai ke destinasi.

Apabila kita hendak keluar dari rumah, bacaan-bacaan yang elok diamalkan ialah:

Baca Ayat Kursi

Baca Surah Al-Ikhlas 7 kali


Kemudian bacalah doa perjalanan.

Ini adalah doa yang dibaca jika kita menaiki kenderaan darat. Jadi, masuk je kereta tu, baca dulu doa ni ok.



NAIK KENDARAAN


سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هذَا


SUB_HAANAL LADZII SAKH-KHORO LANAA HAADZAA

Maksudnya:

Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini


وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ


WAMAA KUNNAA LAHUU MUQRINIIN

Maksudnya

Bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya,


وَإِنَّا إِلى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ


WA INNAA ILAAA ROBBINAA LAMUNQOLIBUUN.

Maksudnya

dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami


سورة الزخرف﴿١٣﴾﴿١٤﴾

(QS. AZZUKHRUF j;25 a;13-14 s;43)


Amalan Menaiki Kenderaan

Di antara adab-adab baik menaiki kenderaan yang perlu dititik beratkan ketika menaiki kenderaan ialah:


Satu, Baca Basmallah (Bismillahirrahman nirrahim)


Dua, Baca doa naik kenderaan

Baca doa naik kenderaan dan berdoa untuk mencari kebaikan dan ketakwaan agar Allah menghindarkan pemandangan buruk, kesusahan semasa dalam perjalanan serta memudahkan perjalanan.


Tiga,Mulakan dengan langkah kanan

Ketika hendak menaiki kenderaan, kita digalakkan agar memulakan langkah dengan kaki kanan.


Empat, Ikut giliran

Kita mesti berbaris atau beratur ketika manaiki kenderaan awam seperti bas, keretapi dan sebagainya.

Ini adalah kerana untuk mengelakkan kejadian seperti terjatuh, terhantuk dan tertolak antara satu sama lain.

Selain itu, jika kita mengikut giliran ketika menggunakan kenderaan awam seperti bas akan membantu para penumpang menaiki kenderaan dengan cepat dan selamat.


Lima, Berdisiplin di jalan raya

Faktor utama berlakunya kemalangan semasa menggunakan kenderaan ialah tidak berdisiplin dan cuai seperti bermain-main di dalam kenderaan, tidak menghormati penumpang dan pemandu lain dan mementingkan diri sendiri.

Sehubungan dengan itu, kita juga dilarang menunjukkan aksi-aksi yang membahayakan diri dan orang lain seperti melakukan lumba haram atau merempit.


Enam, Utamakan orang yang lebih memerlukan

Golongan muda digalakkan mengutamakan golongan warga emas, wanita hamil, orang kurang upaya (OKU), ibu-ibu yang mengendong anak kecil dan kanak-kanak kecil dengan memberikan mereka tempat duduk di dalam mana-mana pengangkutan awam.


Kelebihan Membaca Ayat Kursi

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Baca Doa Terkait >> Bacaan Surah Taha Ayat 25-28 Rumi Penawar Anak Lambat Bercakap

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadikan Doa Memulakan Perjalanan di kehidupan seharian kita..

Kredit >> FB Doa Rumi & akuislam

No comments:

Post a Comment