Bacaan Tahiyat Awal Rumi Dalam Solat. Berikut kami akan kongsikan sedikit info Bacaan Tahiyat Awal yang perlu kita tahu. Jadikan ini sebagai iktibar untuk menjadi muslim yang soleh dan solehah..
Bacaan Tahiyat Awal Rumi Dalam Solat
Bacaan tahiyat awal adalah rukun dalam solat. Oleh itu, lafazkan bacaan ini dengan makhraj dan tajwid yang betul. Rukun solat mesti diketahui dan dilaksanakan dalam solat.
Solat tidak sah apabila tertinggal mana-mana satu rukun. Meninggalkan salah satu rukun solat secara sengaja, solat akan terbatal.Sekiranya terlupa, tidak terbatal solat. Tetapi perlu ditambah rukun yang terkurang itu apabila ingat kembali.
Contohnya seorang yang terlupa membaca tahiyat semasa duduk tahiyat akhir, sebaliknya membaca al-Fatihah. Apabila menyedari kesilapannya, dia perlu terus membaca tahiyat..
Bacaan Tahiyat Awal Rumi
Disini dikongsikan senarai Bacaan Tahiyat Awal yang boleh dijadikan panduan..
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad”
Maksudnya
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad
Salah satu rukun dalam solat yakni duduk dan membaca doa tahiyat awal. Tasyahud atau tahiyat awal dilakukan pada rakaat kedua..
Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadikan Bacaan Tahiyat Awal di kehidupan seharian kita..
No comments:
Post a Comment